Pengasasan dan Kepimpinan Kumpulan Wagner

Kumpulan Wagner bermuncul buat pertama kalinya di Ukraine pada tahun 2014, di mana kumpual tersebut telah mengambil bahagian dalam aneksasi Crimea.[73] Kumpulan tersebut juga aktif bertempur bersama kumpulah seperatis pemisah yang disokong Rusia di wilayah Luhansk di Ukraine pada tahun 2014.[74][75] Dmitriy Valeryevich Utkin, seorang veteran Perang Chechen Pertama dan Kedua, telah dilaporkan mengasaskan Kumpulan Wagner.[76][77][78] Sehingga tahun 2008[78] atau 2013, Utkin telah berkhidmat sebagai leftenan kolonel dan komander briged sebuah unit pasukan khas Direktorat Perisikan Utama (GRU) Rusia, iaitu Detasmen Spetsnaz Bebas ke-700 dari Briged Bebas Ke-2.[75][74][79]

Selepas meninggalkan angkatan tentera Rusia, dia mula bekerja untuk Moran Security Group pada tahun 2013, sebuah syarikat swasta yang diasaskan oleh veteran tentera Rusia yang terlibat dalam misi keselamatan dan latihan di seluruh dunia serta merupakan pakar dalam penghapusan lanun. Pada tahun yang sama, pengurus kanan Moran Security Group telah terlibat dalam penubuhan Slavonic Corps yang berpangkalan di Hong Kong,[80] yang mengkontrakkan askar upahannya untuk "melindungi ladang minyak dan saluran paip" di Syria semasa perang saudara.[74] Utkin telah ditempatkan di Syria sebagai anggota Kor Slavonik, dan mampu bertahan melalui misinya.[75] Selepas peristiwa tersebut, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia telah menangkap beberapa anggota Kor Slavonic atas sebab mengendalikan aktiviti askar upahan haram pada November 2013.[81]

Pada tahun 2021, laporan The Foreign Policy telah menyatatkan bahawa asal usul nama "Wagner" tidak diketahui.[52] Orang awam mengatakan nama kumpulan tersebut berasal dari tanda panggilan Utkin sendiri, iaitu "Wagner", kononnya bak komposer Jerman Richard Wagner. Namaya dikatakan telah dipilih Utkin oleh kerana minatnya terhadap Third Reich (Richard Wagner merupakan komposer kegemaran Adolf Hitler ).[82][83] Oleh itu, ada mereka yang percaya Utkin seorang neo-Nazi.[84][85] The Economist telah melaporkan bahawa Utkin mempunyai beberapa tatu Nazi pada tubuhnya.[83] Ahli-ahli Kumpulan Wagner telahpun mengatakan Utkin ialah seorang Rodnover, iaitu seorang penganut kepercayaan asli Slavic.[86] Radio Liberty, melalui orang dalaman Kumpulan Wagner, telah menyatakan bahawa kepimpinan Kumpulan Wagner adalah pengikut Kepercayaan Asli Slavic, sebuah pergerakan agama baru Pagan moden.[5] Pada Ogos 2017, akhbar Turki Yeni Şafakcode: tr is deprecated membuat spekulasi bahawa Utkin berkemungkinan hanya muka publisiti bagi syarikat tersebut, manakala ketua sebenar Wagner adalah seorang yang tidak dikenali.[87]

Rujukan

WikiPedia: Kumpulan Wagner http://www.interpretermag.com/fontanka-investigate... http://news.sky.com/story/revealed-russias-secret-... http://www.yenisafak.com/en/world/wagner-russian-b... http://geo-politica.info/v-boyakh-v-sirii-pogib-ur... http://www.fontanka.ru/2016/03/28/171/ http://www.fontanka.ru/2013/11/14/060/ http://www.iarex.ru/news/56760.html http://en.news-4-u.ru/the-media-reported-the-death... http://en.interfax.com.ua/news/general/453498.html http://nv.ua/world/geopolitics/pojavilos-video-iz-...